HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, March 26, 2017

Dato Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin ziarah Pondok Melele Kedah





 Dato Syeikh Fuad Yayasan Sofa ziarah tempat pengajian beliau di Pondok Melele Kedah /SMA Nahdah Hasanah Melele. Beliau cerita manaqib Guru beliau yang berkat Almarhum Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al Jarumi.
Dalam tausaih beliau tadi beliau menekan barokah pengajian bersanad dan adab kepada guru. Banyak cerita kehebatan ilmu Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin yang dapat dikutip tadi dari Syeikh Fuad. Alhamdulillah. Masyallah.
Syeikh Fuad merupakan tokoh ulama keluaran Melele. Beliau nampak semangat dan sangat ceria beliau tadi apabila menziarahi SMA Nahdah Hasanah. Kelihatan beliau merindui guru beliau Almarhum Syeikh Tajuddin Al Jarumi
Harap Syeikh Fuad dapat bukukan manaqib ulama Kedah yang hebat Almrhum Mursyid Diraja Tuan Guru Hj Tajuddin Al Jarumi.
Terima kasih Tn Mudir Syeikh Jamil Al Jarumi
Cerita banyak kisah datuknya Syeikh Abdul Rahman sebagai guru Sultan Abdul Hamid.
26.3.2017.






No comments:

Post a Comment