HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, November 28, 2013

ULAMA KEDAH kemukakan 5 resolusi bahaya Wahabi

Giptis kemuka 5 resolusi bahaya Wahabi

LAPORAN SINAR HARIAN  :

ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) Kedah memutuskan lima resolusi untuk disampaikan kepada kerajaan Kedah dalam usaha menyekat fahaman Wahabi daripada berkembang.

Resolusi itu yang akan disampaikan dalam masa terdekat akan turut diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri, Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diambil tindakan.

Pengkaji fahaman Wahabi dan Syiah, Abu Syafiq Mohd Rasyaq Mohd Alwi berkata lima resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat khas Giptis untuk menangani isu ajaran sesat dan pengaruh fahaman Wahabi di Kedah itu adalah:

* memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah menerusi pengajian agama di pondok secara bersistem;

* menetapkan silibus kitab yang diajar di masjid dan surau;

* memperbanyakkan seminar dan forum berkaitan bahaya Wahabi dan Syiah;

* meminta Majlis Fatwa Negeri menjelaskan perkaitan fahaman Wahabi dan Syiah;

* menyetujui pandangan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dengan melarang tokoh agama yang diketahui menganut fahaman Wahabi dan Syiah daripada menyampaikan ceramah atau mengajar di negeri ini.

Abu Syafiq Mohd Rasyaq, yang menjadi anggota panel jemputan mesyuarat khas menangani isu kekalutan khilafiyah tokoh-tokoh agama dan menangani isu ajaran sesat serta pengaruh fahaman Wahabi di sini hari ini, berkata kedua-dua fahaman ini jelas merosakan akidah umat Islam selain mengganggu perpaduan.

Beliau berkata tokoh berfahaman Wahabi juga tidak layak memberi penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya Syiah kerana mereka dikhuatiri memberi pandangan yang boleh memesongkan akidah orang Islam.

Sebaliknya, katanya, ulama dan guru-guru institusi pondok yang diketahui mempunyai ilmu yang cukup tinggi seharusnya diberi ruang untuk menerangkan isu Syiah dan Wahabi.

Sementara Pengerusi Giptis, Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pihaknya bersedia menjadi perantara antara Syeikh Baderudin dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin membincangkan isu Wahabi. Dr Mohd Asri sebelum itu mencabar Syeikh Baderudin bermuhabalah atau sumpah laknat selepas timbul rakaman dalam Youtube bahawa Syeikh Baderudin menuduh bekas Mufti itu menganuti fahaman Wahabi.

Dr Abdul Aziz berkata perkara yang disampaikan Syeikh Baderudin hanyalah satu peringatan kepada masyarakat Islam agar tidak terjebak dengan fahaman Syiah yang diharamkan di negara ini 30 

Ulama Kedah bahas isu ancaman Wahabi dan Syiah di Kedah - anjuran GIPTIS .

Hari ini 28.11.2013
Ekorang dari kenyataan DR MAZA mengajak Mufti Kedah Sumpah Laknat maka Ulama Kedah dibawah GIPTIS yang dipengerusikan oleh DR AZIZ HANAFI .
Mesyuarat memutuskan bahawa kami menyokong teguh kenyataan Mufti Kedah tentang ancaman Wahabi di Kedah .
Wakil ulama terdiri dari cendiakawan , ulama pondok para huffaz dan lain-lain NGO Ahli Sunnah .

Ustaz Yazid B Tuan Guru Hj Salleh , Ustaz Ibrahim , Helmi Assyafie










 lepas dan fahaman Wahabi yang menyimpang jauh daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. - Bernama


Wednesday, November 27, 2013

Helmi Assyafie Support Mufti Kedah

Support Mufti Kedah - Helmi Assyafie


Helmi Assyafie - Support Mufti Kedah , isu DR MAZA .
Penerangan Ahli Sunnah mengikut pengamalan di Kedah & Malaysia dan warta majlis agama Islam agar masyarakat tidak keliru 

Pengajaran buat DR MAZA

Muhasabah Untuk DR MAZA yang sentiasa pertikai amalan Mazhab Syafie dan Ahli Sunnah


Seorang 'tokoh' yang disebut oleh Mufti Kedah terlibat dengan virus wahhabi tersentak dan terus beri respon.

Namun yang batil tak boleh ditutup.

Fitnah, pengkafiran dan penyesatan serta penghinaan 'tokoh' yang kepanasan itu ada di sini :

1. Muhasabah Untuk Dr Asri - link di bawah (artikel fitnah, pengkafiran, penyesatan, penghinaan terhadap Mazhab Asy Syafie, terhadap ulamak dan umat Islam dijawab oleh alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia)

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0

Contoh fitnah terhadap asatizah :

http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw

2. Garis Panduan Masjid di Perlis semasa menjadi mufti yang melarang umat Islam melaksanakan sunnah yang ada jelas sandaran dari al Quran dan As Sunnah

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=568730836525395&set=pb.149551445110005.-2207520000.1385162861.&type=3&theater

3. Menghina ulamak dan memfitnah seperti Syeikh Jaafar al Barzanji dan banyak lagi (Mufti Mazhab Asy Syafie di Madinah)

http://www.youtube.com/watch?v=GofHeogy6O0

4. Memfitnah sekolah pondok :

http://www.youtube.com/watch?v=yY0UJ77s0sc

5. Pengkafiran Fathul Bari kepada umat Islam yang membaca sodaqallahul 'azim selepas membaca al Quran.

http://www.youtube.com/watch?v=-mhLA71tFlE

6. Fathul Bari menyatakan asya'iroh termasuk dalam firqah sesat.

http://www.youtube.com/watch?v=wlMT5Ywn94s

via page - Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

Saturday, November 23, 2013

Kenangan Majlis Mahabbah dan Silaturahim Ulama di Kelantan 21.11.2013

Ihya Mahabbah Rasulillah SAW di Kelantan 21.11.2013.

 Maulana Hussin Pasir Tumbuh ulama berasal dari Burma Alim Hadith
 Syeikh Fahmi Zam Zam
 Tuan Guru Hj Hamzah berusia 82 tahun anak murid Syeikh Syed Amin Qutbi
 Syeikh Husni Ginting
 Tuan Guru Hj Rifee wakil ulama Kedah


SYEIKH FAHMI ZAM ZAM 
" Pertahan Sistem Pondok yang pernuh barakah " 
TG Hj Rifee 
wakil ulama Kedah 
" Adab Menuntul Ilmu "

TUAN GURU HJ HAMZAH BIN MUHAMMAD 
ulama Kelantan berusia 82 tahun 

  MAULANA HUSSIN , ULAMA HADIS


 SYEIKH FAHMI ZAM ZAM , MAULANA HUSSIN , TG HJ RIFEE
 IHYA MAHABBAH RASULILLAH DAN SILATURAHIM BERSAMA ULAMA



 Kenangan bersama Maulana Hussin


MAULID 
MAHABBAH RASULILLAH 




Kenangan Baba rasmi Pondok Ustaz Marzuki

Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik Rasmi Perletakan Batu Asas Mahad Tafaquh Fiddin An Nur , Kuala Ketil Kedah .



 Perarakan Maulid

Ustaz Marzuki Yusuf selaku Mudir Mahad dan Ust Ahmad Zakaria 
 menyambut ketibaan Tuan Guru Haji Salleh Musa

 Ustaz Ahmad Rejab mewakili HESA Kedah

 Menyambut ketibaan Tuan Guru Hj Salleh Musa
 Tuan Guru Haji Salleh Musa memimpin solat hajat bersama saf alim ulamak Kedah




 Doa Munajat oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa
Doa Munajat Tuan Guru Haji Salleh Musa

 ULAMAK KEDAH
 TUAN GURU HJ WAHAB HASSAN / USTAZ AWANG LANAI (ULAMA TASAUF )
 TALAKI KITAB TASAUF

 TAZKIRAH USTAZ AHMAD REJAB
 TAZKIRAH TUAN GURU HJ SALLEH MUSA

 UCAPAN PERASMIAN PERLETAKAN BATU ASAS MAHAD TAFAQUH FIDDIN AN NUR
KUALA KETIL
 DOA TUAN GURU HAJI SALLEH MUSA

 TINJAU TAPAK PONDOK

 PERASMIAN PERLETAKAN BATUS ASAS MAHAD TAFAQUH FIDDIN AN NUR OLEH TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA






BARISAN  TOKOH ULAMA KEDAH





 PAK SU YOP (ULAMA TASAUF , MURID TN GURU HJ OMAR ZUHDI)