HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, April 1, 2012

Adab dalam Ikhtilaf , bersama Tuan Guru Hj Abdullah bin Saamah Geting Tumpat Kelantan

Al Fakir Bersama Tn Guru Hj Abdullah Najmi bin Saamah , lebih dikenali Tok Ayah Lah Geting
satu masa dulu saya sangat tentang beliau kerana beliau kuat menyokong UMNO. Penentangan saya dalam blog Kehidupan Tauhid dulu secara bersiri saya menentang beliau . Alhamdulillah saya dapat bertemu beliau dan muzakarah dengan beliau sebanyak 2 kali pada bulan mac 2012 tempoh hari . 
Pada mula saya amat keberatan untuk bertemu Tok Ayah Lah kerana saya tahu beliau UMNO dan saya pula adalah penyokong dan pejuang tegar PAS . Sesudah saya hubungi 5 Ke 6 tokoh ulama Kedah mereka tidak mahu bertemu Tok Ayah Lah . Saya kali pertama saya bertemu tok ayah dengan adik ipar saya . Kali kedua saya bersama sahabat dari pondok. 
Kali pertama saya rasa sangat berat untuk bertemu Tok Ayah kerana pelbagai angapan yang bermain diminda , saya khuatir saya tidak beradab apabila bertemu Tok Ayah dan pada masa yang sama tentu penyokong tok ayah akan marah dan naik angin pada saya . Dari jam 11.30 pagi hingga jam 4.00petang barulah saya buat keputusan untuk bertemu tok ayah lah. 
Allahuakbar , pelbagai ujian untuk bertemu tok ayah tetapi saya anak muda ingin mencarai kebenaran dan saya rasa nak penjelasan yang jelas dari mulut tok ayah sendiri tentang apa yang saya tidak setuju. 
Alhamdulillah saya bertemu dengan tok ayah di Pendang Resort buat kali pertama . Saya dilayan dengan baik dan penuh lemah lembut oleh Tok Ayah . 
Terima Kasih abang Amir , Abang Wan kerana aturkan pertemuan saya dengan Tok Ayah Lah . 
Saya mulakan muzakarah , panjang bahasan , segala apa yang saya tidak puas hati saya bertanya Tok Ayah Lah . Saya terus terang bagi tahu pada Tok Ayah saya orang PAS saya ingin mengkaji dan mencari kebenaran ,saya ingin muzakarah dengan Tn Guru . Maka Tok Ayah Lah terima dengan baik . Tok Ayah membuka muqadimah beliau dengan membuka catatan beliau yang beliau ambil dari kitab muktabar seperti Ianah , Iqnah , Fathul Wahab dan lain-lain .Saya amat berpuas hati dengan penjelasan Tok Ayah . 
Dalam masa yang sama saya memohon maaf kerana saya adalah diantara golongan yang kuat menghentan Tok Ayah Lah dalam Internet . 
Beliau adalah Tokoh Ulama yang alim dibidang kitab Thurath . 
Sebagai orang muda kita perlu hormati beliau walaupun selama ini kita PAS kita perlu hormati ilmu beliau. 
Pengajaran untuk saya dan anak muda semua . 
1. Jangan kita Taksub sesuatu hingga kita mengatup pintu perbincangan 
2. Kita mesti menghormati pandangan ulama tua walaupun kita lihat ia tidak mendatangkan kebaikan kerana mereka lebih matang dalam asam garam hidup . Kita orang muda jangan rasa pendapat kita sahaja betul , orang lain salah 
3 . Kita perlu mengkaji jangan kita dengar apa yang dari PAS sahaja , kita perlu dengar juga pandangan dari orang terutamanya ulama dari UMNO , maka barulah kita nilai. 
4. Kita mesti berjuang martabaatkan kembali Ahli Sunnah wal Jammah walu apa pun parti kita duduk wajib kita pertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Saya masih dalam PAS setelah bertemu dengan Tok Ayah Lah Geting . 
Bukan bermakna saya bertemu beliau saya terus jadi UMNO , ini tanggapan salah . 
Pendirian saya ada yang  betul hujjah Tn Guru Hj Lah Geting . Panjang bahasan antara saya dengan beliau , kami berbahas selama dua kali pertemuan pada 15.3.2012 dan 22.3.2012. Saya tidak akan masukkan apa yang dibahas lagi kerana dikhuatiri ramai yang tak dalami kitab thurat akan trus keliru dan lebih mudarat membuat hukuman sebelum perkara ini dibahas lebih dalam lagi . 
Insyallah saya akan berusaha bagi memastikan keharmonian antara ulama kita , saya tidak mahu ulama kita berpecah. Walaupun saya bersama ulama PAS saya ingin melihat ulama UMNO dan PAS disatu meja untuk menyelesaikan masalah negara dan ummah di Malaysia ini . Doakan saya agar mendapat taufiq untuk saya buat kerja Islam ini . Sekarang saya dalam tempoh buat kajian mendalam lagi manakah lebih mendatangkan mudarat pada Islam jikan BN dan PR memeribtah Insyallah . 
Tunggu masa saya akan dedahkan Insyallah 
Pertemuan kali pertama 15.3.2012


Pertemuan kedua pada 22.3.2012


Tn Guru Hj Abdullah Najmi Bin Saamah bersama Al Fakir Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
di Pendang Kedah pada 22.3.2012 . Muzakarah untuk mencari kebenaran