HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, September 14, 2016

Rehlah dan dakwah Helmi Assyafie di Langkawi - Stp 2016


















Ziarah Pulau Besar - Sultan Ariffin Syeikh Ismail Abdul Qadir - kali ke 2 Pada 3 Ogos 2016






Makam Sultanul Ariffin[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Sultanul Ariffin adalah nama yang digelarkan oleh orang ramai terhadap Sheikh Ismail Abdul Qadir. Gelaran tersebut membawa maksud 'Penghulu Orang-Orang Yang Arif'. Sheikh Ismail Abdul Qadir telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H diBaghdad. Bapanya bernama Sheikh Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.
Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.
Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Sehingga kini makam Sultanul Ariffin terus menjadi tumpuan dan diziarahi oleh orang ramai.
Helmi Assyafie di Makam Sultan Ariffin Syeikh Ismail Pulau Besar Melaka















Majlis Talim Asyairah Kedah bersama Habib Ridha bin Yahya 30 Ogos 2016